Wednesday 1 October 2014

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI KEPADA KANAK-KANAK

Kepentingan Pendidikan Jasmani Kepada Kanak-Kanak

    Terdapat beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak. Antara salah satunya adalah ia dapat mengembangkan perkembangan motor kasar dan motor halus mereka. Perkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otak yang bekerja secara bersama.
    Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada halus atau kasar ini sangat penting amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Menurut Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan 2003, pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinan dan personaliti yang positif. Pendidikan fizikal merupakan sebahagian daripada proses penndidikan adalah bidang yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual, social dan emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan (Doherty dab Brennan, 2008).
    Selain itu juga, pendidikan jasmani ini juga merupakan salah satu cara untuk mencabar daya pemikiran kanak-kanak dengan adanya sesuatu pertandingan dan sebagainya. Kanak-kanak atau murid juga dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan ktreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan mereka dan bertimbang rasa. Melalui pendidikan jasmani mereka akan dikehendaki membuat beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua. Jadi, disinilah akan membentuk motivasi dan sifat kepimpinan kepada pelajar tersebut apabila membimbing sesebuah kumpulan dengan jayanya.
    Pendidikan jasmani untuk pelajar sekolah menfokuskan kepada latihan pergerakan, permainan, dan sukan serta latihan kemahiran asas. Melalui latihan pergerakan, kanak-kanak dapat memberikan pengalaman dalam pergerakan dan membina jasmani dengan cara koordinasi otot dan kelembutan badan. Pada peringkat kanak-kanak, mereka sememangnya aktif dan permainan merupakn satu kaedah dalam membantu dalam perkembangan. Permainan meruypakan salah satu medium di sekolah rendah mahupun Pra-sekolah. Para guru boleh menyediakan variasi aktiviti permainan seperti permainan bola, berlari dan sebagainya. Aspek-aspek yang ditekankan aktiviti permainan ini adalah perkembangan otot terutama otot kecil yang belum sempurna. Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.
    Bermain membenarkan kanak-kanak melakuakn aktiviti yang kretif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782-1852) pernah mewujudkan program Kindergarten di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah salah satu aktiviti yangt menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.
    John Dewey (1852-1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Melalui latihan dan kemahiran asas pula ia dapat membantu kanak-kanak membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan. Selain itu, ia dapat memperbaiki penyelarasan daya otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunaan alatan.
    Dalam latihan pergerakan pula, terdapat dua aspek yang bersangkutan iaitu gimnastik pergerakan dan pergerakan kreatif. Latihan pergerakan merupakan salah satu cara bagi mengenali tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai pergerakan. Dengan ini mereka dapat memperoleh pemahaman tentang keadaan fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Melalui kedua-dua kaedah ini mereka bebas melakukan pergerakan yang tertentu dan perasaan malu tidak terlalu nyata dalam diri mereka. Dalam pendidikan gimnastik, ia menekankan pergerakan yang objektif iaitu dengan kata lain sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan tujuan tertentu.
    Dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk maninjau cara tubuh badan dan bahagian-bahagiannya yang dapat menghasilkan sesuatu pergerakan yang dikehendaki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi contohnya dengan mengguling-gulingkan badan dan mengatasi rintangan dengan berbagai cara. Mengenai pergerakan kreatif pula ia merupakan pergerakan berekspresi (experesssive movement) iaitu perasaan seseorang dilahirkan melalui pergerakan. Dengan adanya pergerakan ini, ia dapat memberikan peluang bagaimana tubuh badan dan pergerakan digunakan sebagai perantaraan untuk melahirkan idea-idea dan perasaan yang hendak ditunjukkan. Pergerakan jenis ini dirangsang dengan menggunakan muzik iaitu dengan alatan muzik atau dengan hanya tepukan tangan.

     Seterusnya,   Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam PERKEMBANGAN EMOSI. Ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.
     Izharnya, sebagai guru mestilah menggalakkan pelajar menguasai Pendidikan Jasmani kerana subjek ini sangat penting untuk kehidupan seharian. Selain itu, subjek Pendidikan Jasmani juga dapat meningkatkan kesihatan murid-murid di sekolah.

1 comments: