This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 1 October 2014

SOALAN PENDIDIKAN JASMANI

APAKAH SUKAN PRESTASI TINGGI? JAWAPAN: Sukan Prestasi Tinggi..Merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat Persekutuan antarabangsa dan jawatankuasa olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang. APAKAH SUKAN MASSA? JAWAPAN: Merujuk kepada aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan.

SOALAN RUMUSAN

Bahagian A (i) - Ringkasan. Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Selain itu, murid yang bersukan akan terdidik mengagihkan dan menentukan masa dengan sewajarnya antara bersukan dan belajar serta memberikan perhatian sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat fizikal dan mentalnya. Bukan itu sahaja, sukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir dengan menerapkan semangat berpasukan yang tinggi dan semangat juang yang kental serta berupaya menerima kegagalan secara positif. (77 patah perkataan) Bahagian A (ii) - Pemahaman Berikan maksud berganding bahu dalam petikan. Rangkai kata tersebut bermaksud bekerjasama. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid? Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid ialah Majlis Sukan Negara memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia membina lebih banyak sekolah sukan. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Pada pendapat saya, sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan kerana mereka menganggap menyertai aktiviti sukan hanya membazirkan masa anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa khuatir jika anak-anak mereka aktif bersukan, pelajaran mereka akan terabai kerana keletihan yang menyebabkan mereka kurang bertenaga untuk belajar.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI KEPADA KANAK-KANAK

CONTOH SENAMAN

NEW RECORD

Monday, 22 September 2014

SISTEM PEREDARAN DARAH

SISTEM PEREDARAN DARAH
 PENGENALAN KEPADA SISTEM 
Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan .Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup. Tiga bahagian utama sistem peredaran darah ialah jantung, darah dan salur darah.

1.    Jantung
1. Jantung merupakan enjin utama dalam sistem ini dan jantung juga antara organ yang paling penting dalam badan manusia.
2. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin.
3. Jantung adalah berbentuk kon.
4. Jantung terletak pada kawasan tengah toraks, yang mana ia dikelilingi hampir sepenuhnya oleh paru-paru. Dua pertiga jantung berada pada bahagian kiri dada dan satu pertiga berada pada bahagian kanan dada.
5. Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan ;
      I.        lapisan paling luar dipanggil perikardium,
    II.        lapisan tengah miokardium 
   III.        lapisan paling dalam ialah endokardium.
6. Jantung merupakan otot berongga yang saiznya lebih kurang genggaman tangan tuannya dan beratnya lebih kurang 300g..

 Aliran darah di dalam jantung
1. Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. 
2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak).
3. Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. 
4. Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru. 
5. Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 
6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri
7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta   ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
8. Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam
9. Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikal kanan dan ventrikal kiri.

Darah
1. Darah terdiri daripada:
      I.        Pepejal (sel darah)      -      40%
    II.        Cecair (plasma)           -      60%  
2. Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 hingga10 pain (5 hingga 6 liter) darah.
3. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet).
Plasma  
Plasma adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air.Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.
Bahan-bahan larut yang terkandung dalam plasma termasuklah:
1. Garam-garam iaitu bikarbonat, fosfat, klorida dan sulfat bagi natrium, kalsium dan kalium.
2. Bahan-bahan makanan iaitu glukosa, asid amino dan lemak.
3. Protin darah iaitu fibrinogen, globulin dan albumin.
4. Bahan-bahan kumuh terutamanya urea.
5. Hormon.   
Sel Darah Merah (Eritrosit)           
1. Berbentuk ceper dwicekung.
2. Tidak mempunyai nukleus.
3. Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya.
4. Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isipadu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma.
5. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari.  Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.
Sel Darah Putih (Leukosit)
1. Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata.
2. Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus.
3. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.
4. Terdapat berbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk dari luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil.  Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus.  Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari.
 Fungsi darah
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel     dan tisu badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumuhan.
4. Membawa hormon – hormon.
5. Membawa enzim – enzim.
6. Memberi warna kepada kulit.
7. Mengawal suhu badan.

 
Salur darah
Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu, arteri, vena kapilari:
Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah kembali ke jantung dari bahagian – bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.  Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan.  Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap – injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap – injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

KAPILARI
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan di antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat


FUNGSI-FUNGSI SISTEM PEREDARAN DARAH
System peredaran darah berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengankut bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah. Proses peredaran darah mengangkut oksigen daripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.
Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke paru-paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen ini disimpan sementara dalam alveolus. Jantung akan mengepam darah kurang oksigen ke paru-paru. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap merentasi membrane alveolus dan meresap ke dalam darah melalui kapilarikapilari. Karbon dioksida  dihembus keluar daripada paru-paru melalui salur pernafasan. Oksigen yang merentasi membran alveolus dan kapilari seterusnya meresap ke dalam darah. Darah beroksigen kemudian diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu lain di dalam badan.



PERKAITAN DENGAN AKTIVITI FIZIKAL
Peningkatan peredaran darah - Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakkan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang membantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa sakit. Otot kaki yang telah menjadi segar akibat senaman menggalakkan peredaran darah kembali ke jantung dengan mengekalkan peningkatan kuasa pada urat.

Peningkatan fungsi jantung - Tidak seperti otot lain, jantung sentiasa bekerja. Walau bagaimanapun, senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan. Ia juga membantu paru-paru anda menyampaikan oksigen dengan lebih cekap untuk darah anda. Dengan jantung yang dapat mengepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot anda dan seluruh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalankan tugasnya.

Pengurangan tekanan darah - Aktiviti fizikal yang kerap dikaitkan dengan kawalan jangka panjang tekanan darah yang lebih baik. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai tekanan darah tinggi, kesan senaman pada tekanan darah anda boleh menjadi lebih dramatic

Peningkatan penggunaan oksigen (pengambilan oksigen maksimum) - Aktiviti fizikal yang kerap membantu sel anda mendapat oksigen dengan lebih mudah daripada darah anda, mengurangkan bebanan pada jantung dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam.

Manafaat Sebenar -Beberapa perubahan kecil pada gaya hidup seperti aktiviti fizikal yang kerap boleh memberi kesan ketara pada kesihatan. Sesungguhnya hanya dengan melakukan aktiviti fizikal selama tujuh jam seminggu boleh mengurangkan risiko mati awal sebanyak 40 peratus berbanding dengan seseorang yang tahap aktiviti fizikal mingguannya kurang daripada 30 minit.


Thursday, 11 September 2014

Prinsip-prinsip Latihan

Memanaskan badan

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

Ansur Maju
Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fisikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

Intensiti
Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan tempo latihan supaya atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70% higga 80% KNL).

Spesifisiti (Pengkhususan)
Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan dayatahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan dayatahan kardiovaskular.

Kekerapan latihan
Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

Masa latihan

Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

Tuesday, 9 September 2014

PIRAMID AKTIVITI FIZIKAL


Tuesday, 2 September 2014

Kepentingan Pendidikan Jasmani Terhadap Murid-murid dalam Memenuhi Aspirasi yang Disuratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

          Mata pelajaran pendididikan jasmani adalah merupakan mata pelajaran yang wajib sama ada di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah menengah. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan –peraturan Pendidikan (kurikulum Kebangsaan)1997. “mata pelajaran wajib” ertinya mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaaan (lembaga Penyelidikan Undang- undang 2003).
          Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Unsur –unsur falsafah seperti unsur jasmani dimasukkan ke dalam matlamat pendidikan Negara, ciri-ciri seperti  kecergasan fizikal dan kesihatan diri membolehkan pelajar berdikari dan hidup secara bermasyarakat. Justeru itu matlamat tersebut  kebanyakannya boleh dicapai melalui mata pelajaran pendidikan jasmani.
          Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menumpukan kepada peningkatan pengetahuan, pengaruh sikap dan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti fizikal seperti senaman, sukan, permainan, menari, aktiviti akuatik dan pendidikan luar. Kesemua aktiviti ini dijalankan di kelas atau luar kelas secara formal atau tidak formal. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga merupakan satu proses di mana perubahan yang positif berlaku ke atas individu melalui pengalaman pergerakan. Pendidikan Jasmani ini adalah satu pendidikan melalui pergerakan yang memberi fokus kepada tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley & Field (1967), Pendidikan Jasmani merupakan proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromascular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik melalui aktiviti fizikal terpilih.
          Terdapat beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak. Antara salah satunya adalah ia dapat mengembangkan perkembangan motor kasar dan motor halus mereka. Perkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama.Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada halus atau kasar ini sangat penting amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Menurut Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan 2003, pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinan dan personaliti yang positif. Pendidikan fizikal merupakan sebahagian daripada proses pendidikan adalah bidang yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual, sosial dan emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan (Doherty dan Brennan, 2008).
Selain itu juga, pendidikan jasmani ini juga merupakan salah satu cara untuk mencabar daya pemikiran kanak-kanak dengan adanya sesuatu pertandingan dan sebagainya. Kanak-kanak atau murid juga dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan mereka dan bertimbang rasa. Melalui pendidikan jasmani mereka akan dikehandaki membuat beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua. Jadi, disinilah akan membentuk motivasi dan sifat kepimpinan kepada pelajar tersebut apabila membimbing sesebuah kumpulan dengan jayanya.

Pendidikan jasmani untuk pelajar sekolah menfokuskan kepada latihan pergerakan, permainan dan sukan serta latihan kemahiran asas. Melalui latihan pergerakan, kanak-kanak dapat memberikan pengalaman dalam pergerakan dan membina jasmani dengan cara koordiasi otot dan kelembutan badan. Pada peringkat kanak-kanak, mereka sememangnya aktif dan permainan merupakan satu kaedah dalam membantu dalam perkembangan. Permainan merupakan salah satu medium di sekolah rendah mahupun Pra-sekolah. Para guru boleh menyediakan variasi aktiviti permainan seperti permainan bola, berlari dan sebagainya. Aspek-aspek yang ditekankan aktiviti permainan ini adalah perkembangan otot terutama otot kecil yang belum sempurna.Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.

Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten  di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.

John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Melalui latihan dan kemahiran asas pula ia dapat membantu kanak-kanak membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan. Selain itu, ia dapat memperbaiki penyelarasan daya otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunann alatan.

Dalam latihan pergerakan pula, terdapat dua aspek yang bersangkutan iaitu gimnastik pergerakan dan pergerakan kreatif. Latihan pergerakan merupakan salah satu cara bagi mengenali tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai pergerakan. Dengan ini mereka dapat memperoleh pemahaman tentang keadaan fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Melalui kedua-dua kaedah ini mereka bebas melakukan pergerakan yang tertentu dan perasaan malu tidak terlalu nyata dalam diri mereka. Dalam pendidikan gimnastik, ia menekankan pergerakan yang objektif iaitu dengan kata lain sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan tujuan tertentu.
Dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meninjau cara tubuh badan dan bahagia-bahagiannya yang dapat menghasilkan sesuatu pergerakan yang dikehendaki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi contohnya dengan mengguling-gulingkan badan dan mengatasi rintangan dengan berbagai cara. Mengenai pergerakan kreatif pula ia merupakan pergerakan berekspresi iaitu perasaan seseorang dilahirkan melalui pergerakan. Dengan adanya pergerakan ini, ia dapat memberikan peluang bagaimana tubuh badan dan pergerakan digunakan sebagai perantaraan untuk melahirkan idea-idea dan perasaan yang hendak ditunjukkan. Pergerakan jenis ini dirangsang dengan menggunakan muzik iaitu dengan alatan muzik atau dengan hanya tepukan tangan.


Kesimpulannya, pendidikan jasmani bukan setakat menyampaikan maklumat bermain malah merupakan satu proses berterusan yang membantu dan memudahkan pelajar-pelajar mengembangkan ilmu, mempelajari amalan positif dan memupuk sikap yg bertanggungjawab dalam diri pelajar. Segala pengalaman pembelajaran dan kesan dari pelajaran pendidikan jasmani diharapkan akan mempengaruhi tingkah laku mereka dalam usaha memperolehi satu taraf hidup yg memanfaatkan diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan ini, aspirasi Negara yang disuratkan dalam falsafah pendidikan Malaysia akan dapat dicapai.